AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
Pendahuluan
Suatu
Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi
orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan
dengan aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berkuat kuasa mulai 25 feb
1994. Akta 514 digubal berasaskan kepada pengurusan kendiri yang mana
tanggung jawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
terletak kepada majikan dan pekerja sama seperti mereka menguruskan
perkara-perkara yang lain di tempat kerja seperti pengeluaran,
pentadbiran dan keewangan.
Akta
Keselamatan dan kesihatan tidak melupuskan tetapi melengkapkan dan
memperkemaskan undang-undang sediada seperti Akta Kilang dan Jentera
1967 (Factories And Machinery Act & Regulations). Walaubagaimanapun sekiranya terdapat sebarang percanggahan , Akta Keselamatan dan Kesihata Pekerjaan akan digunakan.
Kepentingan Mengurus Keselamatan dan Kesihatan.
Pada
tahu 1980 kadar kemalangan industri di Malaysia dilaporkan mencapai
50,000 kes dan meningkat sehingga 134,000 pada tahun 1993. Kemalangan
ini melibatkan kecederaan dan juga kematian. Berdasarkan kepada
pemerhatian kemalangan lebih berpunca daripada tiada pengurusan
keselamatan dan Kesihatan yang betul.
Selaras
dengan konsep pengaturan kendiri, Akta ini digariskan dengan begitu
terperinci dan jelas berkaitan kewajipan am semua pihak terlibat dalam
aktiviti kerja bagi memelihara keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.
Golongan yang diberikan tanggunjjawap dalam Akta ini ialah Majikan,
orang-orang yang bekerja sendiri dan pekerja. Manakala pihak yang
terlibat dalam merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekalkan
peralatan dan bahan yang digunakan ditempat kerja juga diberikan
kewajipan am untuk memastikan peralatan dan bahan-bahan yanng dibekalkan
adalah selamat dan tidak membahaya semasa digunakan.
AKTA 514
Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi tanggung jawab kepada
semua Pihak terlibat supaya mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan
yang berkesan ditempat kerja termasuklah aspek polisi keselamatan,
organisasi dan sistem kerja.
Tujuan Akta ini adalah:
-
Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang sedang bekerja;
-
Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada
orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau
kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang sedang bekerja;
- Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;
-
Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara
berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri
yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta
ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard
keselamatan dan kesihatan.
KEWAJIPAN AM MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang
bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan,
kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Perkara yang
diliputi oleh kewajipan itu termasuklah terutamanya;-
- Pengadaan dan penyenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat yang praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
- Menyusun langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, penyimpanan dan pengakutan loji.
-
menyediakan mallumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang perlu untuk
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya.
- memastikan permis kerja, serta jalan masuk dan keluar adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja-pekerjanya.
- Menyedia dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja-pekerjanya.
Dalam Akta ini loji bermaksud apa-apa jentera, kelengkapan, pekakas
alat dan kompenanya, manakala bahan pula bermaksud bahan semulajadi
atau buatan samada dalam bentuk pepejal, cecair, gas, wap atau apa-apa
gabungan nya yang digunakan dalam aktiviti kerja.
Diantara pekara yang perlu diberikan perhatian oleh majikan ialah;
a. adakan permis dan loji sediada menepati standard yang ditetapkan oleh undang-undang.
b. adkah ciri-ciri keselamatan diambil kira apabila loji baru dibina
c.
Adakah sistem kerja yang dikuti selamat untuk mengendalikan loji, dan
penyimpanan, memproses serta cara mengakut bahan-bahan berbahaya.
d.
Adakah pemeriksaan menyeluruh ke atasc semua operasi loji sentiasa
dibuat untuk memastikan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat
dikurangkan ketahap minimum.
e.
adakah pemagaran, peranti keselamatan, pengawalan jentera, alat
pelindung diri serta peralatan keselamatan sentiasa diselenggara untuk
memastikan ianya boleh berfungsi dengan sempurna.
f.
Adakah maklumat lengkap diberikan kepada pekerja termaksuklan
maklumat dalam bentuk label, spesifikasi, manual pengendalian jentera,
peralatan atau bahan dengan cara yang selamat serta prosidur kecemasan .